NOLOG 'Hati Perempuan 2'
Wednesday, 10 June 2015 • 00:01 • 0 comments ![]()
Haylo ! Alhamdulillah betemu kita lagi ya dan Allah masih memberi nikmat untuk kita bernafas.Okay setelah sekian lama merahsiakan tajuk NOLOG yang akak buat akhirnya akak akan bongkarkan.Nampak gambar diatas ? Ya itu hanya contoh cover kulit bukunya (akan diubah suai) Itu pun tidak letak nama penulisnya iaitu HA lah :D
Sebenarnya buku ini sudah masuk 2 bab akak tulis bersamaan 30+ muka surat.Alhamdulillah memang akak tidak percaya pada mulanya akak boleh sampai sehingga 30+ muka surat.Selama ini asyik 5 atau 6 muka surat kemudian terbengkalai.Almaklumlah idea itu memang susah mahu dapat jika tidak rangkanya.
Sesiapa yang pernah tonton cerita 'HATI PEREMPUAN' ini tentu ramai yang rasa mahu tumbuk si Yuhanis itu bukan ? Yalah mengada-ngada XD.Tetapi itulah hakitnya HATI & PERASAAN seorang perempuan.Akak Mia Ahmad sudah bawa watak itu dengan baik dan perfect !
NOLOG itu apa ya ? Ouh lupa mahu beritahu,NOLOG itu ialah gabungan NOVEL & DIALOG.Jika mahu tulis semuanya seperti karangan memang tidak kesampaianlah 30+ muka surat itu.Akak hanya menulis cerita itu di dalam buku (buku tulis sekolah yang tidak digunakan) XD.
Jalan cerita untuk 'HATI PEREMPUAN 2' ini lebih mencabar sebab akak memang letak ideanya kejam gila XD.Dalam cerita itu juga akak tambahkan dua watak jahat iaitu adik si KULIN,Tengku Amirah (KUIRA) dan seorang lagi bekas kekasih hati si Yuhanis,Nizam.Kali ini akak jamin lebih parah hati bila baca apabila lihat plan-plan jahat KULIN,KUIRA & NIZAM sehingga Yuhanis pun kena culik :o
Baiklah akak tidak bolah kongsikan kesemuanya,sebab ? Tidak larat mahu taip sehingga 30+ muka surat.Jika baru dua muka surat mungkin akak akan tulis di blog/wattpad tetapi ini memang tidak mahu tulis.Tujuan akak buat cerita ini pun hanya untuk hilangkan rindu akak dengan cerita 'HATI PEREMPUAN' itu.Akhir kata,akak harap kamu semua doakan supaya akak berjaya menyiapkan NOLOG ini.
Assalamuaikum.
Labels: NOLOG 'Hati Perempuan 2' |
MY WORDS;
![]() GIVE ME YOUR WORDS;
![]() OTHERS;
♥ >>
date :
♥ >>
date :
at:
♥ >> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |